Welcome!

Semoga anda mendapat manfaat daripada blog ini walaupun sedikit....

Saturday, October 16, 2010

Pelajar, Guru dan Sekolah

 
Beberapa pelajar menghadiri syarahan di Universiti Teknologi Helsinki 


Pelajar
 
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Istilah pelajar atau murid merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam keadaan belajar. Kadangkala istilah ini diertikan dalam maksud berbeza dalam sesetengah negara atau kes-kes tertentu.

Guru   

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Guru (dari bahasa Sanskrit गुरू) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.
Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.

Hari Guru

Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru.

Sekolah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sekolah (daripada Bahasa Greek σχολεῖον - scholeion) merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan ilmu kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.
Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan akhirnya ke universiti.
Namun demikian, sekolah tidak semestinya bangunan yang lain dari rumah seseorang. Misalnya di Amerika Syarikat, seseorang itu tidak semestinya belajar di sekolah kerana pelajar tersebut boleh belajar di rumah. Kaedah ini juga dikenali sebagai home-schooling.
Kebanyakan negara mempunyai sistem pendidikan formal, yang biasanya wajib. Dalam sistem ini, pelajar bergerak melalui beberapa siri sekolah. Nama sekolah-sekolah ini berbeza di setiap negara, tetapi secara umumnya, sekolah rendah dan sekolah menengah yang masing-masing dikhaskan untuk kanak-kanak kecil dan remaja yang sudah tamat pendidikan rendah, disenaraikan.

Sekolah-sekolah di Malaysia

Di Malaysia terdapat beberapa jenis sekolah seperti:

No comments:

Post a Comment